This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

3/29/2013

Tips Jitu Berhenti Merokok

Assalamu'alaikum sahabatku..
Segala puji bagi Allah, robb sekalian alam ....Sholawat serta salam semoga tetap tercurahkan kepada Muhammad SAW...
Sahabatku, saya yakin dahulu anda bukanlah seorang perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun sudah termengah-mengah.
Tidak perlulah saya menceritakan lebih banyak lagi akan keburukan merokok, saya pasti anda pun sudah sedia maklum, malah, anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap hari anda membaca notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah begitu faham dan tahu mengenainya.
Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda menghisap asap pahit itu, saya pasti, ada sekelumit niat serta keinginan di dalam diri anda untuk berhenti merokok.
Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya".

Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku...
Apabila Nafas Anda Berhenti (MATI)!

Jika anda tidak berusaha untuk berhenti daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Usah lah berputus asa... untuk berhenti merokok!, ada caranya. Ianya seperti berperang, anda mesti ada strategi! Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah anda masih lagi menghisap batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini.

Dulu... Saya Juga Seperti Anda..

Saya mula menghisap rokok ketika dibangku sekolah. Semuanya kerana terikut-ikut atas pengaruh rakan. Pertama kali saya menghisap rokok, saya batuk terbahak-bahak dan terasa ingin muntah. Pada waktu itu, saya tidak sedar, itu sebenarnya adalah merupakan petunjuk bahawa tubuh saya terkejut dengan racun yang saya sendiri alurkan.
Hisap RokokPada waktu itu saya menghisap rokok hanyalah sekadar suka-suka. Saya mula menjadi perokok tegar selepas melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej matrikulasi. Berpuluh-puluh ringgit saya habiskan setiap bulan untuk membeli kotak rokok. Perkara ini berterusan sehinggalah saya tamat belajar di IPTA dan memasuki alam pekerjaan.
Jika dikira-kira, berpuluh ribu wang saya telah dihabiskan hanya untuk membeli rokok. Sememangnya sesuatu yang amat sadis dan merugikan.
Sampailah di suatu ketika, apabila saya bertemu dengan seorang rakan saya yang telahpun berjaya berhenti merokok. Dari situ, timbul perasaan cemburu dan teruja dalam diri saya untuk turut sama berhenti merokok. Saya sungguh berasa tercabar untuk turut membuktikan yang saya juga boleh berhenti merokok
Setelah berusaha beberapa minggu, saya berjaya berhenti merokok, namun.. selepas beberapa hari, saya ‘on’ balik. Kadang-kadang, saya terfikir seperti mahu berputus asa.. tetapi mengenangkan "Jika orang lain boleh buat! kenapa aku tidak boleh buat?" . Saya kuatkan semangat dan tekad untuk berhenti merokok...
Alhamdulilah, berkat usaha melalui tunjuk ajar rakan-rakan, sokongan keluarga dan juga dari hasil pembacaan, saya akhirnya menjumpai penawarnya...

Cara Yang Sebenar-sebenarnya Bagaimana Untuk Berhenti Merokok..

Ya! saya telah menjumpai cara yang sebenar-benarnya untuk berhenti merokok. Saya kini sudah tidak lagi merokok! Saya berjaya berhenti merokok TANPA PERLU mengambil apa-apa obat, maupun gula-gula getah semata-mata untuk mengantikan ketagihan merokok.
Pada pengalaman saya, kaedah sebegitu sebenarnya kurang berkesan. Ianya hanya akan membuatkan anda bergantung pula kepada bahan-bahan tersebut. Silap haribulan, kos untuk membeli penawar itu lebih tinggi dari kos merokok. Akibatnya, lambat-laun, anda akan kembali merokok semula.

Hidup Saya Kini Lebih Bermakna!

Benar sahabatku, setelah berjaya berhenti merokok, saya dapat merasakan perbezaan yang amat ketara dalam hidup saya. Saya rasa, hidup saya lebih bermakna dan lebih menggembirakan.
Saya kini sudah boleh merasai akan rasa sebenar setiap makanan yang saya nikmati. Berbanding dulu, makanan yang dimakan tidak dapat saya rasai akan kemanisan dan kesegarannya yang sebenar. Rasa payau pada lidah menenggelamkan nikmat sebenar rasa makanan yang dimakan.
Kehidupan saya juga rasa lebih bertenaga. Setiap kali bangun tidur, saya rasa lebih segar. Si isteri? Jangan ceritalah.. dia pun lebih gembira kerana tiada lagi nafas busuk yang berbau rokok setiap kali bangun tidur.
Wang? Jika dulu agak sukar untuk saya menyimpan wang, kini, alhamdulilah, sedikit demi sedikit saya dapat menyimpan wang dan sekaligus menjadikan kedudukan kewangan saya lebih baik.
Rakan-rakan? Percaya atau tidak, selepas saya berhenti merokok, satu demi satu rakan saya juga turut berhenti merokok, semuanya menggunakan teknik yang sama seperti mana yang saya gunakan.
HIDUP ini menjadi lebih INDAH!

3/26/2013

Cara Hacking Password Facebook Paling Ampuh Tanpa Software

Trik ini bisa dijalankan dengan dua cara: Jarak Dekat & Jarak Jauh.

1. Trik mendapat  password Facebook jarak dekat : 


 Misalkan yang ingin kamu cari tahu password Facebook pacar kamu, pertama dekati dia, pegang tangan dia  penuh kelembutan, tatap matanya dalam-dalam penuh cinta, dan ucapkan kata-kata ini dengan nada memelas :
"Sayang, password Facebook kamu apa? Please kasih tau... Kalau tidak dikasih tau, aku putusin kamu deh say...".

2. Cara mendapat password facebook dari jarak jauh:

Ambil HP kamu, pencet nomor HP si dia, bila ada nada jawaban, ucapkan kata-kata ini dengan nada memelas : "Sayang, password Facebook kamu apa? Please kasih tau... Kalau tidak dikasih tau, aku putusin kamu deh say...".

 Demikian trik dan tips paling jitu yang selama ini terbukti 99% berhasil.
Mending kehilangan Facebook atau kehilangan pacar?


hehehhe....